| |
Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang membaca blog ini. Kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan kemerdekaan negara. Generasi terdahulu telah berkorban nyawa untuk mencapai kemerdekaan ini. Justeru, janganlah kita berseteru sesama bangsa Malaysia demi mencapai wawasan 2020 dan gagasan 1Malaysia. Hormatilah barisan pemerintah negara kita khususnya kedaulatan Raja-raja Melayu sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda. Selagimana pemerintah kita mempertahankan kesucian agama Islam dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum, kita perlu menyokong dan menghormati mereka. Tetapi sekiranya mereka sanggup membelakangkan agama Islam sebagai agama Rasmi Malaysia, umat Islam perlu bersatu untuk memperbetul kemungkaran mereka kerana Islam adalah agama untuk semua bangsa di seluruh pelusuk muka bumi Allah SWT ini.
|
|
| |
syukur dan sama-sama kita pertahankan keamanan dan kemakmuran negara tercinta kita MALAYSIA.
|
|
| |
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-51..
KEPADA WARGA MALAYSIA,BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA NEGARA KITA SUPAYA TERUS MAJU DAN BERDAULAT..
ALLAHUAKBAR...
|
|
| |
TAHNIAH MALAYSIA!!!
51 TAHUN MENEMPUH PAHIT GETIR
|
|
| |
Terima Kasih Malaysia, keranamu Kami hidup aman damai dan harmoni. Semoga Tuhan memberkati Negaraku Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan Ke 51 dari Sanjay Bana dan warga sekolah SK Nanga Machan, Kanowit, Sibu Sarawak.
|
|
| |
merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.
selamat maju jaya, MALAYSIA
|
|
| |
Semoga Allah merahmati Malaysia. MERDEKA!!!!
|
|
| |
merdeka,ingin terus merdeka
|
|
| |
Salam perkenalan, tahun ini kita menyambut kemerdekaan ke 51 tetapi kepada yg ingin dptkan t-shirt 50 thn kemerdekaan sbg kenangan boleh hubungi saya ditalian 017-5619897. Stok terhad. Jika ingin melihat gambar sila sms email untuk sy emailkan gambarnya.
|
|
| |
alangkah bertuahnya anak-anak sekarang yang lahir dalam zaman negara yang telah merdeka. Ingatlah generasi kini dan akan datang, tugas kita ialah mengekalkan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi dulu. Sukarnya kehidupan lalu, bersyukurlah anak-anak generasiku!!
|
|
| |
menjadi seorang pendidik untuk sebuah negara yang bebas merdeka merupakan penghormatan yang paling tinggi yang pernah diberikan.....................mendidik anak bangsa tak kan ku persiakan ...........................keranamu MALAYSIA
|
|
| |
Alhamdulillah, tatkala sang suria melabuhkan tirainya, aku bangga meniti nikmat merdeka. Impian dan cita-cita ingin menjadi insan berguna kini terlaksana. Kini, tibalah masa untukku menabur bakti kepada anak bangsaku dengan menurunkan segala ilmu dan pengalaman berguna untuk dikongsi bersama. Semoga anak-anak Malaysia kini mengerti kepayahan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk kemerdekaan. Makmurkanlah bumi Malaysia dengan kejayaan demi kejayaan!
|
|
| |
wahai rakan sekalian yang ada...
bersamalah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang...
renungilah kisah kisah pahit maung perjuangan yang lalu....dan cuba tanya pada diri sendiri apa yang harus kita lakukan untuk terus kekal merdeka.....
salam merdeka.
|
|
| |
Malaysiaku Gemilang
"Enathu Valamigu Malaysia"
Saya mengucapkan "Selamat Hari Kemerdekaan" kepada semua yang melayari laman web ini. Happy always.
|
|
| |
syukur kerana bumi Malysia terus dirahmati dengan kesejahteraan dan hasil bumi yang melimpah ruah. tanpa pejuang terdahulu mana mungkin merdeka pada hari ini.
|
|
| |
Assalamualaikum.......
Saya bangga menjadi anak Malaysia, semoga kemakmuran Malaysia sentiasa Gemilang, Cemerlang & Terbilang selamanya, amin.....
|
|
| |
Bravo! It is hoped that this effort can be continuously done in the next 50 years. It is very crucial to inculcate the love and spirit of the nation since the younger ages, not only to the new generation, this kind of portal too is a good reminder for the adults to always appreciate the country's freedom.Keep it up
|
|
| |
bagus kerna menghasilkan portal kemerdekaan ini..sekurng2 nya memberi maklumat kepada org ramai..
|
|
| |
MALAYSIA KU CEMERLANG!
MALAYSIAKU GEMILANG!
MALAYSIAKU TERBILANG!
|
|
| |
PELIHARALAH KEMERDEKAAN KITA. JGN SAPMPAI DIJAJAH LAGI. SAYANGI BUMI KITA MALAYSIA.
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
|
|
| |
Salam....
Portal yang bagus sekali. Membantu pengajaran saya kepada murid.
Bagaimana saya nak dapatkan klip video di dalam web ini. Saya bercadang untuk membuat tayangan kepada anak murid saya di dalam kelas....bagaimana ya?
badrole@gmail.com
|
|
| |
Hari-Hari Bersejarah diikuti sejak mengenali Tanah Tumpah DarahKu. Hari-hari ini perlulah diingati dengan penuh empati. Merdeka, Merdeka,Merdeka , haruslah dilaungkan dengan penuh kepercayaan dan keyakinan diri. Semoga kekal abadi yang tiada penghujungnya.
Salam Kemerdekaan daripada Warga guru SMK Bandar Sarikei, Sarawak.
|
|
| |
Saya sendiri dan mewakili rakan guru - guru serta KTBM Sek. Keb. Sri Pantai Tungku mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya negara kita kekal aman dan berdaulat.
Kami dari kawasan pedalaman Sabah berasa bangga dengan setiap detik kemerdekaan negara kita, TERIMA KASIH MALAYSIAKU TERCINTA
|
|
| |
sebagai pelajar IPTA, saya berasa AMAT BEBANGGA dengan pencapaian negara ini... biarpun kita baru meraikan kemerdekaan yang ke lima puluh.. \\\\\\MALAYSIA telah maju di bentuk dari acuan sendiri,.. tahniah,.. malaysiaku gemilang
|
|
| |
TAHNIAH dan syukur, negara tercinta Malaysia kini masuk usia emas 50 tahun MERDEKA. Dalam usia emas sebegitu, dengan nikmat kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi, wajar kita raikan kemerdekaan ini dengan rasa penuh syukur dan sujud kepada ALLAH, moga kemakmuran dan keamanan ini akan kekal buat beberapa abad lagi dan lagi.
Raikan MERDEKA ini dengan menjadi umat islam yang tahu berterima kasih kepada PEMBERI dan PENCIPTAnya. Banyakkan majlis tahlil dan kesyukuran, bukan sahaja di masjid dan di surau, malah juga di rumah-rumah individu yang benar-benar tahu menilai erti nikmat kemerdekaan.
JANGAN cemarkan MERDEKA yang ke 50 ini dengan majlis-majlis largha dan maksiat. Bukan dengan parti-parti dan konsert hiburan di kaca TV yang tiada kaitan langsung dengan erti MERDEKA sebagimana tahun-tahun lepas. Bukan dengan perarakan liar motor-motor yang konon membawa 'Jalur Gemilang'. Bukan dengan berdua-duaan teruna dara menonton pertunjukan bunga api, selepas itu menghilang di balik pohon atau terus ke bilik hotel. BUKAN itu caranya.
KALAU itulah yang berlaku, bumi akan menangis dan terus menangis. Rahmat ALLAH akan terus hilang dan kenikmatan yang sedang kita kecapi ini juga bakal hilang dari tatapan anak cucu kita.
INGATLAH, MERDEKA BUKAN UNTUK DIRAIKAN SECARA MEMBABI BUTA, TETAPI UNTUK DISYUKURI dalam erti kata syukur yang sebenar-benarnya sebagai RAKYAT MALAYSIA YANG BERMARUAH!
|
|
| |
Setelah 50 tahun negara bebas dari penjajahan , Malaysia terus mengorak langkah demi mencapai Wawasan Negara disamping keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan .
|
|
| |
Salam Sejahtera,
50 tahun Merdeka, segalanya meminta cara, merdeka dituntut, tidak melutut,
apa yang patut? mengisi kemerdekaan itu kita sendiri.
Tuntutlah keredhaan dari Allah swt. agar erti sebuah kemerdekaan yang ada,
tidak tercalar, tidak terobek dek warga gejala.
Di angin lalu ku kirim salam,
kepada semua pejuang - gigih mengisi kemerdekaan.......
semuga kita ditemuka pada erti sebuah kemerdekaan yang penuh bermakna.....
sekian, wallahu wa'alam bissawab.....
|
|
| |
Good 4 all generation.
|
|
| |
Portal 50 tahun Merdeka amat bermanfaat untuk generasi muda selepas merdeka ini......... Teruskan perjuangan anda semua.........
|
|
| |
Assalamualaikum... tahniah di atas laman web ini. Saya nak tanya-bagaimana saya boleh mendapatkan klip video yang dipaparkan di dalam web ini... saya terlibat di dalam pameran kemerdekaan dan bercadang ingin meggunakan clip ini sebagai bahan.. boleh nyatakan caranya???
|
|
| |
Assalamulaikum..
Tahniah kepada ad hoc pelaksana Portal ini kerana ianya memberi faedah yang baik dan menjadi satu pendekatan kepada generasi kini untuk memperjuangkan dan mempertahankan tanah air tercinta...bak kata Hukamak " Hubbul Watan Minal Iman "..
..."Jaga Diri, Jaga Iman, Hiasi Peribadi"...
|
|
| |
TAHNIAH!! tahniah dan terima kasih kerana mewujudkan laman seperti ini..segala maklumat tentang kemerdekaan wajar dikongsi semua..harap dapat disediakan ruang untuk muat naik supaya ahli dapat turut sama menyumbang.. teruskan..
|
|
| |
Salam....
Bagaimana saya nak dapatkan klip video di dalam web ini. Saya bercadang untuk membuat tayangan kepada anak murid saya di dalam kelas....bagaimana ya?
|
|
| |
Salam sejahtera buat semua,
Tahniah. Dengan adanya portal ini saya dapat lebih banyak maklumat tentang sejarah negara kita.
Cadangan saya agar diadakan pula tambahan menu-menu lain yang berkaitan.Contohnya ; Mengapa bunga raya dijadikan sebagai bunga kebangsaan. Mengapa Rukun Negara diwujudkan. Sejarah menuntut kemerdekaan bagi masyarakat-masyarakat setempat.
|
|
| |
Pada keseluruhannya portal ini agak menarik dan berinformasi. Tahniah kepada semua kakitangan admin yang membinanya. Saya cadangkan dapat dimasukkan aturcara-aturcara sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan 2007 (masa dan tempatnya) yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terima kasih.
|
|
| |
Alhamdulillah..akhirnya saya dapat apa yang saya cari. Sebenarnya saya tak tahu ada portal sebegini...yang ada banyak maklumat tentang sejarah kemerdekaan negara kita yang tercinta. Dah lama saya cari maklumat sebegini dan syukurlah semuanya ada dalam portal ini. Tahniah dan terima kasih kerana menerbitkan bahan bermaklumat sebegini. InsyaAllah apa yang saya dapat di sini akan saya alirkan kepada anak-anak didik saya yang masih kabur tentang erti kemerdekaan.
|
|
| |
Tahniah di atas perwujudan Portal yang sungguh berguna untuk semua. Simple but informative. Ianya sumber rujukan yang baik untuk semua golongan masyarakat Malaysia .
Dicadangkan supaya di terjemahkan ke bahasa Inggeris supaya seluruh dunia dapat melihat pencapaian Malaysia yang boleh dibanggakan selama 50 tahun kemerdekaan.
Tahniah!
|
|
| |
Syabas dan tahniah kerana mengujudkan laman sempena Kemerdekaan Ke 50 ini. Semoga ianya boleh dijadikan bahan rujuk oleh semua lapisan masyarakat.
Pautan terus ke laman ini telah saya gunakan sebagai rujukan terus di Portal Komuniti Pendidik Daerah Kerian.
Sekian, semoga terus maju dan meningkatkan lagi bahan maklumat dan liputan akitiviti perayaan kemerdekaan.
Admin Portal PPDKerian http://ppdkerian.edu.my
|
|
| |
Tahniah kerana maklumat yang diberi sangan bermanfaat kepada semua.Dengan adanya laman web sebegini amat membantu memudahkan pengguna mencari bahan-bahan maklumat yang berkualiti dan tepat. Teruskan usaha dan pastikan laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua khususnya warga Malaysia. Keep up your good work!
|
|
| |
laman ini amat sesuai diwujudkan bagi membantu mencari maklumat mengenai kemerdekaan negara buat renungan anak bangsa mengimbau kenangan sejarah perjuangan orang-orang terdahulu. tahniah dan syabas sekali.
|
|
| |
Terima kasih.Sungguh bermaklumat.Tingkatkan lagi maklumat yang lebih banyak lagi...
http://smkbenut.blogspot.com
|
|
| |
Tahniah diatas usaha terpuji bagi mewujudkan portal 50 tahun MERDEKA ini. Diharapkan maklumat dalam portal ini diperbanyakkan bagi menarik perhatian lebih ramai orang untuk merujuk portal ini seperti mendapatkan maklumat dari Perpustakaan Negara, Memorial Kemerdekaan dan banyak lagi sumber rujukan di Internet.
Sekian dan Selamat Maju Jaya.
|
|
| |
Sila luahkan komen dan pandangan anda mengenai laman web ini.Terima Kasih.
|
|